• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Rampas 12 Ekor Burung Helang Di Pendang

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas 12 ekor burung helang yang dipelihara seorang lelaki, tanpa kebenaran, di rumahnya di Bukit Jenun, Pendang, semalam.

Pengarahnya, Inche Ali@Muhammad Ali Che Aman berkata kesemua burung helang pelbagai spesies yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit dirampas kira-kira 2 petang di dalam kawasan kediaman lelaki terbabit.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berumur 41 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan secara sah daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan burung-burung helang tersebut yang merupakan spesies terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Antara spesies yang dirampas ialah Lang Sika (Accipiter trivirgatus), Lang Malam (Machearhamphus alcinus), Lang Hindek (Spizaetus cirrhatus) dan Collared Falconet (Microhietax caerulescens),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, selepas mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah, kesemua burung helang tersebut akan dilepaskan semula ke habitat asal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 68(2)(a) yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: helangPerhilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd