• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai lima skim baharu bagi manfaat golongan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena perhimpunan veteran ATM 2017 hari ini merupakan penghargaan kerajaan kepada perwira-perwira negara yang telah banyak berkorban untuk negara ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu juga adalah sebahagian daripada beberapa insentif untuk anggota veteran yang akan diumumkan selepas ini.

“Pengumuman berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda besar kita dan akan ada lagi insentif-insentif lain yang akan diumumkan kepada veteran ATM secara berperingkat.

“Saya berikrar akan menjaga kebajikan para veteran serta seluruh ahli keluarga mereka walaupun saya sedar bahawa apa yang saya usahakan ini terlalu kecil dan tidak akan pernah setimpal dengan jasa, bakti dan pengorbanan veteran ATM curahkan selama ini,” katanya ketika diminta mengulas lanjut berhubung pengumuman Perdana Menteri itu.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Najib atas pengumuman lima skim baharu kepada veteran ATM.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan sesetengah  pihak bahawa pengumuman lima skim baharu kepada veteran ATM itu adalah “gula-gula” untuk memikat hati pengundi bagi Plihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.

“Tuduhan-tuduhan sedemikian bukan sahaja menjelang pilihan raya malah sebelum ini pun ada maka jangan anggap segala usaha kerajaan buat sebagai usaha untuk ‘memancing’ undi pada PRU akan datang, apa yang diumumkan tadi akan diteruskan walaupun dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

“Ia bukanlah perkara mudah untuk dibuat (merancang lima skim baharu veteran ATM) kerana ia adalah usaha kementerian saya bersama kepimpinan tertinggi ATM selama setahun lebih dan ia merupakan kaedah di luar kotak,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pihaknya juga hari ini menubuhkan sebuah pusat panggilan atau ‘call center’ yang akan menjadi saluran perhubungan khusus antara para veteran dan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

“Melalui pusat panggilan ini, kita mahu mendengar segala masalah para veteran dan ahli keluarga mereka. Oleh itu, saya menjemput semua anggota veteran untuk memanfaatkan talian ini.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada veteran tidak berpencen.

Najib berkata skim BBN itu adalah lanjutan daripada pengenalan skim kepada veteran ATM yang diperkenalkan pada 2013 iaitu Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Menyampaikan berita baik itu di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan 2017 termasuk tambahan kuota veteran ATM untuk menunaikan haji daripada 100 orang sebelum ini kepada 400 orang tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinVeteran ATM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Umum Pertukaran, Kenaikan Pangkat

Next Post

Sarawak Tak Setuju Rancangan Agih Cukai Pelancongan

Related Posts

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

03/03/2024
0

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan memperuntukan RM244 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi penyediaan Skim Bantuan...

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

27/08/2023
0

MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit kronik memerlukan bantuan...

Next Post

Sarawak Tak Setuju Rancangan Agih Cukai Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd