• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengakuan Ikhlas Gay Yang Ingin Berubah…

oleh
13/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA rasanya bercinta dengan kaum sejenis? Apakah rasanya sama seperti percintaan normal di antara lelaki dan perempuan?

Tapi bagi mereka yang mempunyai nafsu songsang ini, masih adakah rasa ingin berubah di dalam diri mereka?

Golongan gay atau lesbian ini pada luarannya kita lihat sama sahaja seperti orang biasa yang kita kira normal. Hakikatnya mereka sahaja yang tahu tentang diri mereka dan apa yang mereka rasa.

Kita sebagai orang luar tiada hak untuk kecam dan keji mereka kerana mereka ini tidak pernah meminta untuk jadi seperti itu.

Tetapi ada sesetengah golongan gay ini memilih ke jalan songsang kerana mereka dikatakan frust bercinta dengan perempuan.

Jadi mereka menjadikan isu itu sebagai penyebab kepada masalah songsang berkenaan.

Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Eros telah dipilih menjadi curator TWT_LGBT di Twitter pada minggu ini dan telah membuat pengakuan mengenai status seksual beliau.

Lelaki ini bagaimanapun telah menyatakan hasratnya untuk berubah dan bertaubat kerana tidak mahu lagi hidup sebagai seorang gay.

Di dalam posting tersebut, lelaki itu telah menceritakan tentang kisah hidupnya yang menyedihkan kerana mempunyai nafsu songsang itu.

Eros juga dikatakan mula mengetahui bahawa dia mempunyai kecenderungan ke arah hubungan sejenis sejak berusia tiga tahun.

Hubungan yang normal haruslah hubungan di antara perempuan dan lelaki (heteroseksual).

Eros telah membesar menjadi seorang lelaki gay tanpa pengetahuan keluarganya sendiri.

Dia juga mengakui pernah bercinta dengan perempuan ketika menuntut di universiti.

Tetapi akhirnya hubungan itu terlerai di tengah jalan apabila si gadis sudah memikirkan tentang masa hadapan untuk menuju ke alam perkahwinan.

Eros telah memutuskan hubungan mereka dengan segera kerana baginya perkahwinan bukanlah jalan penyelesaian untu memutuskan nafsu gaynya.

Selama tempoh dua tahun, Eros telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki.

Tetapi jelas Allah masih sayangkan dia dan dia telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.  Baginya sampai bila hubungan songsang itu boleh pergi?

Dia cuma berharap agar orang awam tidak terus-menerus mengeji dan mencaci golongan sepertinya

Syukur Tuhan masih sayang kerana dia masih ada rasa untuk bertaubat sebelum terlambat.

Berikut merupakan pengakuan Eros,

Setiap masalah semestinya mempunyai jalan penyelesaiannya.

Tapi janganlah kita ambil mudah tentang perkara ini, jadikanlah kisah Nabi Luth A.S  sebagai iktibar kerana setiap perbuatan yang melanggar hukum agama adalah dilaknat oleh Allah S.W.T.

Golongan gay pun nak berubah. Macam mana pulak dengan golongan maknyah? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Tags: gayhubungan sejenisLGBT
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd