• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangan Drama TV, Peminat Ajak Fikry Kahwin?

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENDAPAT sambutan yang baik dari penonton drama bersiri Hero Seorang Cinderella, pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim memberitahu dia ada menerima beberapa mesej dari peminat.

Mereka malahan ada meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan dirinya.

Menurut Fikry, 23, dia membuat keputusan untuk tidak membalas sebarang mesej yang mengajaknya untuk berkahwin kerana bimbang berlakunya sebarang salah faham.

Jelasnya, dia menganggap mesej-mesej tersebut sebagai gurauan daripada peminatnya dan tidak mempunyai maksud yang serius.

“Ada beberapa peminat menghantar mesej di Instagram meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Walau bagaimanapun, saya mengambil langkah untuk tidak membalasnya. 

“Bagi saya, mendiamkan diri adalah lebih baik supaya tidak berlaku salah faham kerana saya rasa mereka hanya bergurau dan mahu bertegur-sapa sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, mungkin peminat tersebut mahu berkahwin dengan “Farizzam”, watak yang dibawa oleh Fikry dalam drama Hero Seorang Cinderella, digandingkan bersama pelakon Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.

“Mungkin mereka mahu berkahwin dengan “Farizzam”, bukannya saya,” katanya.

Mengulas tentang peminat yang mahu menjodohkannya bersama Uqasha, Fikry  berkata dia tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara tersebut kerana tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa.

Walau bagaimanapun jelasnya, dia tidak menolak jika ‘dijodohkan’ dengan Uqasha dalam mana-mana drama pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: farizzamhero seorang cinderellauqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd