• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penagih Miliki Pistol Buatan Sendiri Ditahan

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang lelaki bersama sepucuk pistol dan peluru berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tun Sri Lanang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan kira-kira 1.15 pagi oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Sepucuk pistol buatan sendiri bersama tujuh peluru ditemui disimpan dalam bungkusan kain. Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam satu kes samun dan dua kes ugutan jenayah di sekitar Kota Tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata lelaki itu juga merupakan penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Akta Barang Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan lelaki itu direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 2 Ogos untuk membolehkan polis menjalankan sisatan lanjut mengikut Sekyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: Pistol Buatan SendiriSupt Ahsmon Bajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Kereta Dipandu Rempuh Plaza Tol Penawar

05/04/2018
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Bezza dipandunya merempuh batu penghadang di Plaza Tol Penawar, Lebuhraya Senai-Desaru,...

Polis Tahan 2 Lelaki Rampas Pistol Buatan Sendiri

01/03/2018
0

KUCHING - Polis menahan dua suspek kes samun dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri serta dua butir peluru dalam satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd