• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PSM Dakwa Difitnah Pemimpin DAP

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan kes fitnah keatas pemimpin DAP.

Jeyakumar mendakwa beliau difitnah oleh pemimpin DAP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A.Sivanesan berhubung deklarasi aset oleh beliau.

“Pada 21 Mei lalu, muka depan surat khabar Tamil Malar Daily menyiarkan kenyataan Sivanesan bahawa saya tidak melaporkan semua harta dalam deklarasi aset pada awal Mei 2017.

“Bahawa aset yang diberi oleh bapa saya, seorang doktor pakar yang terkenal tidak dimasukkan dalam deklarasi aset itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeyakumar berkata, beliau telah menghubungi pemimpin DAP Perak iaitu Ngeh Koo Ham dan Sivakumar untuk meminta mereka menasihatkan Sivanesan memohon maaf dan menarik balik dakwaan itu, namun tiada respons.

Justeru, katanya, peguam beliau telah menghantar surat kepada Sivanesan pada 23 Mei lalu dan memintanya supaya menarik balik dakwaan itu.

Jelasnya, beliau tidak menuntut sebarang bayaran sagu hati, tetapi Sivanesan membalas surat itu dengan menafikan kenyataanya mencemarkan nama beliau.

“Selepas itu saya telah menghubungi pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong dan Anthony Loke (pemimpin DAP Negeri Sembilan ) untuk meminta mereka campur. Tetapi tidak berjaya,” katanya.

PSM sebelum ini mencapai persetujuan politik dengan Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kesemua parti pembangkang terbabit bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatan Kuasa Tindakan 1MDB bagi merangka strategi terbaik untuk menyebarkan dakwaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mengenai 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nash, Hattan Sah Tunai Haji Tahun Ini

Next Post

Lebih 5,000 Ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Lebih 5,000 Ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd