• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan Vietnam

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika memancing pada Ahad lepas, ditemui selamat.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Mamu Said Alee  berkata Suhaimi Muhamad, 41, ditemui sebuah bot nelayan Vietnam di perairan sempadan Malaysia -Vietnam pada Rabu lepas.

“Mangsa yang hanyut ditemui sekumpulan nelayan Vietnam pada Rabu dan semalam kita mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam bahawa mangsa adalah individu yang dicari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Suhaimi dilaporkan tergelincir dari bot sebelum dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama 10 orang lagi rakannya kira-kira 65 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Mamu berkata mangsa dilaporkan akan dibawa kumpulan nelayan berkenaan ke Pelabuhan Vung Tau, Vietnam dan dijangka tiba di pelabuhan itu pada Ahad ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah  menghubungi  Wisma  Putra  untuk urusan membawa pulang mangsa ke Malaysia.

Katanya, ekoran penemuan itu, APMM telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada tengah hari semalam.

Katanya, sebanyak 90 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi SAR berkenaan melibatkan aset antaranya KM Jujur, KM Nusa dan sebuah Pesawat udara Bombardier CL415MP. – BERNAMA

Tags: Datuk Mamu Said AleeHILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd