• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM

oleh
08/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal dinaik taraf kepada Jabatan Antikeganasan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jabatan itu nanti yang sebelum ini yang diletakkan di bawah Cawangan Khas, merupakan entiti berbeza dan lebih fokus kepada peranan untuk menangani kegiatan keganasan.

“Personaliti yang akan dilantik (untuk menerajuinya) jika diluluskan dalam mesyuarat Suruhanjaya PDRM dan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong serta nasihat Perdana Menteri, maka pengesahan akan dilakukan atau sebaliknya.”

“Kita wujudkan Jabatan Antikeganasan kerana kita tahu ancaman keganasan bukan semakin berleluasa di rantau ini tapi kita mahu kukuhkan dan membesarkan keanggotaan Unit Anti Keganasan dengan naik taraf ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, di sini pada Jumaat.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cawangan Khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

Next Post

Sistem Pengangkutan Awam Bantu Jana Ekonomi

Related Posts

Cawangan Khas Lakukan Kerja Di Luar Bidang Keselamatan Negara

04/05/2021
0

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa, Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman pernah diminta...

Warga Filipina Dilatih Ala Tentera Antara 11 Ditahan

22/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Filipina yang dipercayai pernah terlibat dalam beberapa siri latihan ala tentera di salah sebuah...

Next Post

Sistem Pengangkutan Awam Bantu Jana Ekonomi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd