• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKU Antara Yang Terima Kad MyRapid Touch ‘n Go

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Sebahagian penerima kad MyRapid Touch ‘n Go sempena pelancaran fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) hari ini menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan dengan kejayaan pelaksanaan rangkaian pengangkutan moden negara.

Dua puluh daripada 100 individu kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), menerima kad berkenaan yang merupakan sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disampaikan sendiri oleh beliau pada satu majlis di Stadium Kajang hari ini.

Nilai kad itu bagaimanapun tidak diumumkan.

Antara penerima kad berkenaan, Rilycca Wong Kit Ting, 20, penuntut di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) OKU Bangi, berkata kad yang diterima itu akan memudahkan beliau menggunakan pengangkutan awam selepas ini.

“Saya rasa sangat bertuah hari ini. Kad ini sangat berguna dan menjimatkan wang perbelanjaan perjalanan saya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Alif Aiman, 19, yang menuntut di pusat latihan sama, berkata beliau berasa amat gembira terutama dapat berjumpa secara bersemuka dengan perdana menteri.

“Saya tidak pernah berjumpa perdana menteri. Kali pertama dapat jumpa rasa gembira sangat dan saya bersyukur kerana pihak MRT sudi jemput saya datang ke sini untuk memeriahkan lagi majlis ini.

“Saya rasa sangat bertuah. Sebelum ini saya sudah biasa naik pengangkutan awam, ini kali pertama saya akan naik MRT guna kad, jadi senang dan jimat,” katanya.

Sam Immanuel S. Salvan, 20, penuntut dalam jurusan Pengurusan Pejabat PLPP pula berkata dengan adanya kad MyRapid TnG itu, ia akan memudahkan beliau menggunakan pengangkutan awam termasuk untuk pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan.

Perdana menteri hari ini melancarkan fasa kedua MRT SBK di stesen bawah tanah Tun Razak Exchange, sekali gus menyaksikan perkhidmatan tren baharu itu sebagai ejen perubahan dalam landskap pengangkutan awam negara.

Kumpulan B40 pula adalah golongan dengan pendapatan isi rumah RM3,900 ke bawah merupakan antara kelompok yang mendapat perhatian kerajaan dalam usaha meringankan beban kos kehidupan mereka.

Sumbangan kad berkenaan akan dapat membantu kumpulan itu menggunakan semua perkhidmatan Rapid KL, sistem Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan lain-lain perkhidmatan yang menawarkan penggunaan kad MyRapid TnG.

Projek mega infra rakyat itu yang menelan belanja RM21 bilion bakal merubah corak hidup bagi kira-kira 1.2 juta penduduk yang tinggal di sepanjang koridor 51km laluan tersebut. Fasa pertama MRT laluan Sungai Buloh Semantan dilancarkan pada Disember 2016.

Perkhidmatan yang akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit ini, mempunyai empat gerabak yang dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan. Dianggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari akan menggunakan pengangkutan moden ini. – BERNAMA

Tags: MRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd