• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muka Mia Diconteng Kerana Isu Ayam Goreng

oleh
02/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA pelakon Mia Ahmad menjadi model iklan ayam goreng terkenal, sepasang suami isteri dikatakan bergaduh sehingga insiden itu menjadi tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

Mia asalnya cuma muat naik foto paparan skrip perbualan seorang isteri berasa cemburu apabila mempertikaikan tindakan suaminya hantar gambar iklan Mia sedang menikmati seketul ayam goreng McDonald’s atau McD.

Dalam salah satu foto yang dikongsikan aktres berkenaan pada Khamis itu, wanita tersebut dilaporkan portal mStar Online sebagai telah bertindak menconteng wajah Mia, 29, atau nama penuhnya iaitu Shamihah Ahmad Baderi.

Perbuatan itu mendorong ramai netizen mencatatkan pelbagai reaksi dalam ruang komen foto tersebut. Malahan suami Mia, Mohd. Izham Tarmizi Roslan yang juga penjaga gol pasukan JDT turut menyatakan pandangannya.

Ia berpunca gara-gara suami wanita berkenaan berkata ‘dapnyaaa syg’ (sedapnya sayang) pada gambar Mia itu bersama ayam goreng, namun si isteri membuat tafsiran adakah wanita tersebut yang dimaksudkan sebagai sedap.

Saw this on fb. It went viral. Hilarious! I gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham sbb tak faham bahasa yang digunakan. Takpe dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya? 😘

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on Jun 28, 2017 at 6:34pm PDT

“Nampak ini di Facebook. Ia jadi tular. Kelakar! Saya gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham sebab tak faham bahasa digunakan. Tak apa dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya?” tulis Mia.

Berikut adalah antara mesej yang ditinggalkan beberapa netizen susulan gambar Mia diconteng wanita berkenaan:

@izhamtarmizi: Takpa nanti balik I conteng lagi banyak ya kak.

@miss.shera95: Hahaha lawak lah.

@adamhasri: Kesian kak Mia haih muka cantik cantik dia conteng pula adoi.

@miss.anyss: Saya pun gelak apabila tengok…. Hahaha.

@noorfauziah8323: Pasal ayam McD pun nak kecoh-kecoh. Kesian Mia kita. Dia yang kena tempias… Sabar lah Mia…

@shahnjit: Hahaha… Memang kelakar habis. Pasal ini pun nak jealous. Tapi betul kata Mia, rela diconteng dari jadi sebab laki bini gaduh. Choi betul!

Ketika dihubungi mStar Online, Mia memberitahu dia sekadar menganggap perkara dilakukan oleh wanita itu yang telah menconteng wajahnya dengan grafik garisan warna merah tersebut barang kali sekadar gurauan sahaja.

“Saya hanya mampu gelak saja apabila baca paparan skrin yang viral dekat Facebook. Pada mulanya, saya tidak berapa faham apa yang mereka cuba sampaikan. Tidak sangka pula iklan itu boleh buat orang lain bergaduh.

“Namun, saya tak tahu benda ini betul atau gurauan saja. Tapi kalau betul, hari raya ini janganlah gaduh-gaduh. Saya reda muka diconteng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh,” kata Mia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mia Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan...

Mia Ahmad, Suami Sambut Syawal Sederhana

13/06/2018
0

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula bagi pelakon Mia Ahmad dan suami yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd