• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Malaysia akan mendapat manfaat daripada era baru pengkomputeran pengilangan yang dikenali sebagai Revolusi Pengindustrian Keempat (Industri 4.0), berikutan jangkaan peningkatan dalam pelaburan langsung asing dan domestik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata banyak syarikat, terutamanya perusahaan multinasional telah berhijrah ke Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Beliau dalam gesaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bertindak cepat dan memakai teknologi-teknologi terbaharu ini, berkata, pengunaannya akan membuka lebih banyak peluang melalui model perniagaan yang cekap, “Kita menjangkakan pelaburan yang lebih tinggi daripada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara sepanjang tempoh pemindahan ke Industri 4.0.

“Saya percaya kita boleh memenuhi sasaran pelaburan diluluskan sebanyak RM55 bilion dalam sektor pengilangan untuk 2017,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Rantaian Bekalan untuk Wilayah Utara di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam satu laporan sebelum ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata mereka telah menetapkan sasaran kelulusan pelaburan yang lebih rendah bagi 2017, iaitu RM55 bilion untuk pengilangan dan RM75 bilion bagi perkhidmatan, termasuk hartanah, berikutan pengaruh ketidaktentuan dari luar.

Menurut Ong, bagaimanapun, Malaysia mempunyai asas perkilangan kukuh, dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam sektor pembuatan sejak syarikat-syarikat yang terkenal di dunia menjejakkan kaki di negaraa ini pada awal tahun 1970-an.

Sejak 20 tahun lepas, sektor pengilangan Malaysia telah pun menggunakan sistem robotik dalam barisan pengeluaran, kejuruteraan ketepatan dan proses kawalan komputer.

“MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensinya telah menggunakan kelebihan ini dan kami ingin melihat lebih banyak syarikat akan menerima pakai teknologi yang akan dapat mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan pintar termasuk proses pembuatan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia perlu berhenti daripada bergantung kepada komoditi eksport  dan bergerak ke arah pengeluaran produk dengan nilai tambahan melalui penggunaan teknologi terkini dalam penyelidikan dan pembangunan.

Katanya, sektor pengilangan menyumbang sebanyak 82 peratus daripada jumlah eksport Malaysia iaitu kira-kira RM780 bilion, manakala produk berasaskan komoditi seperti minyak sawit, getah dan petroleum hanya 17 peratus. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ong Ka Chuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPSB Akan Perbesar Terminal Kapal Persiaran

28/11/2017
0

GEORGE TOWN - Penang Port Sdn Bhd (PPSB) merancang memperbesar Terminal Kapal Persiaran Dermaga Swettenham dengan penyambungan ke dermaga, dataran...

Ong Gesa PKS Terjejas Banjir Minta Bantuan Tabung Kecemasan

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang dan Kedah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd