• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Sg. Buloh-Kajang Cipta Kesalinghubungan

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembukaan sepenuhnya Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada Isnin mencipta satu tahap kesalinghubungan yang belum pernah dinikmati negara sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata dengan pembukaan MRT fasa kedua laluan berkenaan, pelajar dan warga 40 buah sekolah dan institusi pendidikan akan dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

“Pembukaan MRT Fasa Dua ini merupakan bukti bahawa komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

MRT Fasa kedua laluan SBK antara Kajang dan Muzium Negara melibatkan 19 stesen itu dijadual dirasmikan perdana menteri pada Isnin.

Fasa pertama laluan berkenaan antara Sungai Buloh dan Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Dis tahun lepas dengan purata 15,000 penumpang sehari.

Nancy menarik perhatian bahawa pelaksanaan projek MRT secara keseluruhan adalah bukti komitmen kerajaan ke arah aspirasi menjadikan sistem pengangkutan awam darat lebih inklusif.

“Kita mahu melihat sistem pengangkutan awam darat pada masa hadapan menjadi lebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan keperluan tertentu seperti orang kelainan upaya, keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan warga emas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy ShukriMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd