• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Ridzuan Gagal Pertahan Emas Di London

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi gagal mempertahankan pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) selepas mendapat tempat kedua pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, England pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemegang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu yang muncul juara pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar sekadar memenangi pingat perak dengan catatan masa 12.15 saat bagi menyamai masa terbaik beliau dalam acara yang diadakan di Stadium London di Queen Elizabeth Olympic Park, menurut laman web kejohanan www.paralympic.org/london-2017.

Atlet dari China Yang Yifei, yang juga pemenang pingat perak pada Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas selepas mencatat rekod baharu Asia 11.93 saat manakala Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil, pemegang pingat gangsa di Rio, sekali lagi mendapat gangsa dengan masa 12.28 saat.

Mohamad Ridzuan juga mengambil bahagian dalam acara 200m T36 di London tetapi hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat pada 17 Julai lepas.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia mengumpul dua pingat emas dan satu perak dalam pertandingan itu yang berakhir pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Untuk rekod, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas pertama negara selepas mencatat rekod dunia baharu dengan jarak lontaran 17.29 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) sebelum Abdul Latif Romly menyumbang emas kedua dengan rekod kejohanan baharu 7.37 meter dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran). – BERNAMA

Tags: atlet paralimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

Latihan Keras Bawa Tuah Buat Nur Azlia Syafinaz

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais tidak menyangka pengorbanan menjalani latihan keras selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd