• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Hari Baca Quran, Mizz Nina Akui Kini Lebih Tenang

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna kini berbanding beberapa tahun lalu, Mizz Nina tidak mensia-siakan hidayah yang dikurniakan Ilahi, sebaliknya lebih banyak memantapkan ilmu agamanya.

Sejak berhijab pada tahun 2013 lalu, isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini kini lebih banyak menghabiskan masa hariannya dengan mendalami agama Islam termasuklah menghadiri kelas membaca al-Quran.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 37, ini mengakui hari-harinya semakin bermakna berbanding dahulu.

“Tenang rasanya menjalani kehidupan begini. Biasanya setiap pagi saya akan membaca al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula.

“Tak dinafikan untuk memulakan sesuatu pasti berdepan dugaan terutama rasa malas tetapi saya paksa juga baca al-Quran dan kini ia dah jadi rutin harian,” katanya.

Bagi melengkapi penghijrahannya, isteri kepada Noh Hujan ini sentiasa memperbaiki diri serta positif dengan kehidupan mendatang.

“Saya percaya tiada istilah terlambat dalam mengenali Allah serta memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.

“Untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan mudah. Kita perlu ada kekuatan dalaman serta pendirian yang tetap agar tak menoleh ke belakang,” katanya kepada BH Online.

Lebih mengharukan, Mizz Nina mengakui hanya mempelajari Alif Ba Ta dan Al-Quran pada usia 30 tahun.

Bagaimanapun, dia memberi kredit kepada teman-temannya dalam proses penghijrahannya itu kerana padanya, kawan rapat juga memainkan peranan penting terutama untuk mengingatkan agar melakukan perkara baik dan menghindari perkara negatif.

“Syukur segala-galanya berjalan dengan baik. Untuk berubah kita perlu buang jauh-jauh perasaan malu.

“Sekarang, saya masih belajar sebutan ayat al-Quran dengan tepat dan betul,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis berhijrahMizz Nina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

04/08/2022
0

Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu telah berakhir. Ikuti Mynewshub: Telegram Kenyataan itu...

Noh Kongsi Pengalaman Ibadah Korban Di Syria

23/08/2018
0

PENYANYI Noh Salleh menerusi laman sosial Instagramnya pada Rabu berkongsi pengamann menjalani ibadah korban ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd