• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Sekadar mendengar suara penutur berbahasa Melayu dengan fasih tanpa melihat wajahnya, pasti ramai yang mungkin menyangka beliau seorang Melayu.

Namun sangkaan itu meleset apabila pendengar menatap wajah penutur dan ternyata beliau sebenarnya seorang ‘bukan Melayu’.

Hannad Mohamed Yahia El-Tayeb, rakyat Sudan ini berjaya curi tumpuan hadirin pada pusingan awal Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) apabila mampu bertutur dan mengusai Bahasa Melayu dengan baik.

“Sebenarnya bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat mudah dan sesiapa pun boleh mempelajari bahasa ini. 

“Saya lebih mudah bertutur bahasa Melayu dengan rakan-rakan tempatan di universiti dan menariknya mereka gemar cara percakapan saya,” katanya ketika ditemui Mynewshub di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional di sini.

Tambah pemuda berusia 25 tahun itu, beliau mula ‘jatuh cinta’ dengan bahasa Melayu apabila mula mengikuti pengajiannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak.

“Sebenarnya saya sudah lama menetap di Malaysia dan ini membuatkan saya ingin belajar dan mendalami bahasa ini.

“Biarpun saya mempunyai pilihan bahasa lain, tapi saya tetap menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan saya di sini,” katanya.

Hannad yang membawakan tajuk ‘Persepktif Bahasa Dalam Pembangunan Negara/Bangsa‘ pada pusingan awal telah dipilih untuk mara ke peringkat suku akhir PABM 2017 kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

"Mike Dari Mana? Teman Dari Perak" - Hannad
“Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad

Sepanjang tempoh lima minit membentangkan teks ucapannya, beliau turut berkesempatan menggunakan beberapa dialek tempatan yang mana perkara itu ternyata berjaya mencuri tumpuan barisan hakim.

“Sewaktu membentangkan teks ucapan, saya ada menggunaan beberapa dialek negeri dari Perak, Kelantan dan Sarawak.

“Antaranya adalah; “Mike (kamu) dari mana, teman (saya) dari Perak”, “Demo (awak) dari mana, kawe (saya) dari Kelate” dan “Kitak dari sini, kami dari Serawak”.

“Ia sebenarnya sebagai memberikan sedikit kelainan dan seterusnya diharapkan mampu menarik perhatian hadirin dan hakim yang mendengar,” katanya yang turut mengakui masih baru dan ingin mendalami dialek-dielek negeri itu.

Pertandingan suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan PAM akan berlangsung pada Selasa serta hanya lima peserta bagi setiap kategori akan mara ke peringkat separuh akhir.

Pertandingan yang memasuki edisi ke-11 itu disertai 52 pelajar yang mengambil jurusan pengajian Bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.

Ia berlangsung selama lima hari dengan peringkat akhir bakal diadakan pada 26 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – MYNEWSHUB.CC

Tags: PABM 2017Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penyertaan Kali Pertama Bawa Tuah – Lisa Shimazaki

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Minat mendalam terhadap bahasa dan budaya asing membawa tuah kepada peserta Jepun, Lisa Shimazaki apabila berjaya dinobatkan sebagai...

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd