• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Waris Berhimpun Bagi Upacara Peringatan

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu upacara peringatan bagi menandakan ulang tahun ketiga tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014, diadakan secara tertutup di sini hari ini.

Waris mangsa MH17 menghadiri upacara itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Mereka dilihat tiba di hotel berkenaan secara berperingkat sejak 10 pagi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadiri upacara itu. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Peter Bellew dan Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Md Yusof.

Taklimat berhubung proses pendakwaan yang akan dijalankan di Belanda turut diadakan bersempena upacara itu. Liow dilaporkan mempengerusikan taklimat berkenaan.

Difahamkan bahawa terdapat permohonan supaya upacara peringatan itu diadakan secara tertutup, bagaimanapun banyak wakil media yang hadir untuk membuat liputan.

Pesawat Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang termasuk kru, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Malaysia dan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) terdiri daripada Belanda. Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju supaya pendakwaan negara terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 itu dilakukan di Belanda.

Liow baru-baru ini berkata proses siasatan dihadkan kepada 100 suspek dan siasatan penuh dijangka disiapkan menjelang awal tahun depan sebelum proses pendakwaan bermula. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Puas Hati MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang

Next Post

Lukisan Karya Mangsa MH17 Pada Kemeja-T

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Lukisan Karya Mangsa MH17 Pada Kemeja-T

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd