• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meninjau Sejarah Modenisasi Felda 60 Tahun

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGGAL 1 Julai 1956 menjadi tahun keramat peneroka Felda. Era pembangunan Felda menjadi titik mula kemajuan luar bandar enam dekad lalu.

Organisasi yang bermula secara kecil ini telah berkembang menjadi konglomerat raksasa. “Federal Land Development Authority” atau Felda ini, digagaskan niat murni Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak.

Matlamatnya, meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar. Secara tidak lansung, ia turut merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

Sehingga kini, terdapat hampir 480 kawasan Felda di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kawasan berkeluasan 853,313 hektar meliputi sektor pertanian, perladangan dan penempatan.

Jumlah peneroka Felda sehingga kini ialah 112,635 orang, dan dianggarkan terdapat lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Malah hampir 10,000 orang generasi ketiga dan keempat pula, kini sedang menuntut di IPT tempatan dan luar negara.

Kini, dalam menyongsong Era-konvergensi, Felda kekal unggul dalam mempertahan nasib masyarakat luar bandar. Bukan itu sahaja, Felda adalah aset negara yang menjana kemajuan ekonomi domestik.

Felda terus kekal di landasan yang betul dalam memperkasa kelangsungan hidup masyarakat luar bandar. Enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, menjadi pencetus semangat baharu kepada peneroka dan warga Felda.

6 insentif itu ialah;

1. Pelupusan hutang tanam semula RM5,000 untuk setiap peneroka

2. Bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak serta bayaran balik pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV) bermula hujung Ogos

3. Kelulusan membina lebih satu unit rumah dalam satu tapak di tanah rancangan FELDA

4. Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV

5. Geran khas tanam semula RM7,500 bagi setiap hektar

6. Dana pelupusan hutang tanam semula

Keunggulan Felda dalam meniti arus negara diuji apabila organisasi itu menjadi watak utama dalam pentas politik masa kini. Namun, segala yang dirancang untuk Felda adalah untuk Malaysia secara amnya. Felda kekal relevan dulu, kini dan selamanya

Oleh : M.Ikhtiaruddin@yaya
#Laskar Malaya

Tags: #laskarmalayaFelda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd