• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Tak Pernah Salahkan Williams

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United, yang kini berada zon penyingkiran Liga Super, tidak pernah menunding jari kepada bekas ketua jurulatih Eric Williams atas prestasi buruk pasukan itu selepas melepasi saingan pertengahan musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron berkata kegagalan itu bukan berpunca daripada corak latihan dan strategi yang diatur oleh jurulatih semata-mata malah melibatkan kombinasi semua pihak secara keseluruhan dalam pasukan.

“Saya telah baca apa yang diluahkan oleh  Williams, mungkin beliau rasa kecewa apabila dijadikan sebagai alasan atas  kegagalan skuad Melaka United musim ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bekas pengendali skuad Hang Tuah itu bahawa terdapat kepincangan dalam pengurusan MUSA.

Saya fikir Willams salah faham bahawa pemecatannya ada kaitan dengan kegagalan pasukan itu, namum saya tidak beranggapan sedemikian, kata Idris, yang juga Menteri Besar, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

MU memecat jurulatih kelahiran Australia itu awal bulan lepas bagi memastikan pasukan itu mampu kembali memberi saingan dan kekal dalam Liga Super selepas hanya mampu dua kemenangan dan lima seri daripada 12 perlawanan.
Kini, MU menduduki tangga kedua tercorot dengan 12 mata selepas 16 perlawanan.

Bagaimanapun, dalam saingan Piala Malaysia musim ini, MU masih berpeluang memburu slot suku akhir selepas menduduki tangga kedua dengan enam mata selepas tiga perlawanan dalam Kumpulan C.

Pengendali berusia 61 tahun itu dilantik menggantikan Mat Zan Mat Aris sebagai jurulatih baharu MU dengan kontrak selama  setahun selepas pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2016 dan layak beraksi Liga Super musim ini.

Dalam pada itu, Idris mengucapkan terima kasih atas sumbangan Williams selama berada bersama pasukan itu.

Beliau berkata pasukan itu perlu berkerja keras jika ingin kekal dalam Liga Super musim depan dalam baki enam perlawanan dalam saingan musim ini. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Ahmad Zahid Meriahkan Rumah Terbuka KBS

Next Post

Mahathir Perlu Sedar Dirinya Hanya Boneka Pembangkang

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

Next Post

Mahathir Perlu Sedar Dirinya Hanya Boneka Pembangkang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd