• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBI Pertingkat Kualiti Padang Stadium Perak

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH  Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mempertingkatkan kualiti padang Stadium Perak di sini selaras dengan piawaian yang ditetapkan pihak Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata ketika ini MBI sedang giat melakukan kerja penambahbaikan terutama melibatkan proses taburan pasir, penanaman dan pembajaan rumput di beberapa kawasan dalam padang.

Katanya keadaan padang dijangka bertambah baik dalam tempoh 10 hari akan datang sekiranya kerja penambahbaikan itu berjalan lancar.

“Keadaan padang kita bukanlah terlalu teruk dan sebelum ini juga telah berlangsung pelbagai perlawanan membabitkan pasukan bola sepak Perak dan PKNP FC termasuk yang disiarkan secara langsung di televisyen.

“Tetapi apabila diminta untuk dilakukan penambahbaikan, maka kita akan laksanakan mengikut tahap yang dikehendaki FMLLP itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Ipoh Yang Bersih di sini, hari ini.

Semalam, pihak FMLLP telah memutuskan bahawa Stadium Perak akan ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja baik pulih padang dijalankan.

Keputusan itu dibuat selepas mereka melakukan pemeriksaan terhadap kualiti padang bersama wakil pasukan Perak, PKNP FC serta pihak pengurusan Stadium Perak dan mendapati padang tersebut berada dalam keadaan yang tidak boleh digunakan untuk perlawanan.

Zamri berkata, segala keputusan terutama membabitkan kelulusan pembukaan semula Stadium Perak juga tertakluk bawah bidang kuasa FMLLP selaku pihak penganjur  Liga Malaysia.

Mengulas mengenai projek naik taraf Stadium Perak bagi persediaan Perak selaku tuan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 tahun depan, beliau berkata ia mungkin akan dilakukan selepas tamat musim Liga Malaysia 2017 sebaik mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri dan pihak berkaitan. – BERNAMA

Tags: Stadium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

20/07/2024
0

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul...

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd