• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjidil Aqsa: Israel Terus Ancam Muslim Palestin

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA 2005 – ketika penulis pertama kali memasuki sempadan Israel melalui Hebron menuju Baitul Maqdis – sekatan ketat sudah dilaksanakan. Di sempadan Jordan-Israel melalui Imigresen Jambatan Allenby, penulis menunggu tujuh jam untuk melepasi pemeriksaan Israel. Empat kali penulis ditemubual inteligen Israel pelbagai pangkat tetapi dengan soalan yang sama.

Kenapa?

Kerana penulis menyebut: “Mahu melawat Palestin”.

Pegawai Imigresen wanita berusia awal dua puluhan menengking penulis: “Tiada negara bernama Palestin. Anda memohon memasuki Israel bukan?”

Penulis terpaksa patuh kerana harus berlagak bodoh. Pada era itu – tiada permit akan diberikan pada mana-mana wartawan Malaysia memasuki Israel. Penulis mengisytihar diri sebagai arkitek dan menggunakan visa Perjanjian Kem David yang dikeluarkan Kerajaan Jordan.

Malah, penulis memalsukan tujuan lawatan, dengan status: Merakaman foto-foto bangunan di Kota Lama Baitul Maqdis. Semua penggambaran dokumentari TV itu dilakukan tanpa permit

Di sekitar Baitul Maqdis – pada ketika itu, tembok pemisah mula dibina. Hebron dan Baitul Maqdis serta Baitul Laham dipisahkan ratusan kilometer tembok batu setinggi 10 meter.

Setiap pergerakkan melalui pos sempadan tembok pemisah ini, tentera Israel akan memeriksa tiap kenderaan yang melintasi pos. Tanpa permit khas, tidak dibenarkan melintasi pintu tembok pemisah.

Malah, penduduk Palestin berusia bawah 40 tahun dilarang masuk ke Masjidil Aqsa yang terletak dalam Kota Lama Baitul Maqdis.

Kota Lama terbelah tiga. Masjid Al Sakra dan Kubah Batu milik Islam. Kawasan berkaitan Nabi Isa milik Kristian dan Tembok Ratapan milik Yahudi.

Pintu masuk Masjidil Aqsa dikawal polis Israel. Sebelum dibenarkan masuk, penulis diminta membaca beberapa surah lazim Al Quran dan disahkan disahkankan Islam oleh wakil Masjidil Aqsa.

Sejak Intifada (kebangkitan penduduk awam Palestin menentang rejim Yahudi) pada 1997 hingga 2003, Masjidil Aqsa jadi kawasan larangan yang dikawal ketat. Ada saja alasan polis Yahudi bagi menghadkan kunjungan umat Islam terutama penduduk Palestin.

Sepanjang intifada itu, 1162 penduduk Palestin dibunuh.

Sejak intifada, Masjidil Aqsa menjadi kawasan terlarang bagi umat Islam Palestin. Hal yang sama kekal ketika penulis mengunjungi Masjidil Aqsa pada 2007 bagi melihat sambutan 40 tahun pendudukan Yahudi di Tebing Barat.

Semalam, Israel menutup sekali lagi Masjidil Aqsa. Ia berikutan kejadian pembunuhan dua polis Israel di kawasan Kota Lama itu.

Jordan mengutuk tindakan Tel Aviv menutup kawasan ibadah dan kota ketiga paling suci umat Islam.

“Israel perlu membuka semula Al-Aqsa dan Haram al-Sharif dengan segera,” kata Menteri Penerangan Jordan, Mohamed Momani.

Israel bertindak agresif dalam isu serangan yang menyebabkan kematian dua polisnya. Tiga penyerang warga Palestin ditembak mati disyaki bertanggung jawab melakukan serangan tersebut.

Israel sentiasa menghukum apa sahaja tindakan penduduk Palestin dengan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai bahan sekatan dan ugutan. Malah, akan menggunakan komandonya menyerbu kawasan Masjidil Aqsa sekali pun ada perjanjian, individu bukan Islam dilarang memasuki kawasan tersebut.

Dalam kejadian intifada, Israel beberapa kali menyerbu masuk ke Masjid Al Sakra dan menembak mati penduduk Palestin yang berdemonstrasi anti Israel.

Israel menuntut keseluruhan Kota Lama sebagai miliknya dengan dakwaan, kawasan itu asalnya Kuil Sulaiman yang menjadi tempat ibadat kaum Yahudi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IsraelMasjid Al-AqsaPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd