• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Shisha Disita, Samseng Samurai Serang MPKB-BRI

oleh
13/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiga lelaki yang berang dengan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyita peralatan shisha di premis mereka bertindak ganas malam tadi.

Dalam insiden dramatik di Persimpangan Paya Rambai, Jalan Bayam di sini kira-kira jam 10 malam Rabu, suspek bertindak balas menyerang kumpulan penguat kuasa itu semula dengan menggunakan pedang samurai dan parang.

Malahan dua buah kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam menjalankan operasi banteras penjualan shisha di ibu negeri Kelantan ini berjaya dirosakkan oleh kumpulan suspek ala samseng tersebut sebagai balas dendam.

Lebih memeranjatkan lagi apabila suspek sama kemudian turut merosakkan dua buah kereta serta tingkap hadapan rumah Ketua Unit Operasi MPKB-BRI, Mohd. Halimi Md. Salleh yang terletak di Berek 12 di sini.

Kelibat tiga suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup premis shisha tersebut yang memaparkan salah seorang bersemuka dengan Mohd. Halimi bagi memberi amaran supaya tidak mengganggu perniagaan mereka.

Lelaki itu yang gagal menahan kemarahan kemudian bertindak cuba menyerang pegawai tersebut. Menyedari kehadiran suspek bersenjata dan menyasarkan Mohd. Halimi, anggota MPKB-BRI yang lain bertindak pantas.

Mereka berjaya melindungi mangsa di dalam premis itu. Ketiga-tiga suspek dikatakan tidak berpuas hati setelah premis mereka yang menjalankan perniagaan jualan shisha berjaya diserbu dan beberapa peralatan dirampas.

“Suspek mencari saya untuk memberi amaran supaya tidak lagi mengganggu perniagaan shisha mereka yang sebenarnya menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan.

“Suspek merosakkan dua kenderaan MPKB-BRI, sebelum mereka merosakkan dua buah kenderaan dan cermin tingkap hadapan rumah saya yang terletak di Berek 12 di sini,” katanya ketika ditemui media di sini malam tadi.

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: MPKB-BRIShisha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abang Tergamak Rogol Adik Sendiri Sejak 4 Tahun Lalu

Next Post

Percutian Usahawan Australia Bertukar Tragedi

Related Posts

Vape, Shisha Elektronik Haram Di Thailand

Vape, Shisha Elektronik Haram Di Thailand

03/02/2023
0

BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya...

KKM Bentang Akta Baharu Kawal Vape, Shisha Mac Depan

08/09/2019
0

KUCHING - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya...

Next Post

Percutian Usahawan Australia Bertukar Tragedi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd