• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maqis Perlu Lebih Tegas Kawal Import Makanan Masuk

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK –  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)  perlu membuat penguatkuasaan lebih tegas dan cekap terhadap kemasukan makanan import bagi mengelak sebarang masalah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan penguatkuasaaan yang tidak tegas dan cekap boleh menjurus kepada penganiayaan terhadap pengguna terutama pengguna Muslim jika barangan tidak sepatutnya terlepas ke pasaran.

“Kita tahu akan ada yang akan ambil kesempatan, kali ini Maqis dapat buat rampasan tetapi yang akan datang mungkin akan bolos kalau tidak ada pengawalan yang kemas dan rapi.

“Maqis perlu memikirkan sistem supaya tidak ada lagi kontena yang terlepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 149  bakal haji kawasan Parlimen Pasir Salak di Pusat Khidmat Chenderong Balai di sini, hari ini.

Isnin lepas, Maqis berjaya menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing bernilai kira-kira RM2 juta yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Mengenai majlis hari ini, Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak berkata sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu bakal haji membuat persiapan mental dan fizikal untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Mohamed Shoib Shaari, 62, dari Kampung Bel Labu Kubong  berkata dia akan menggunakan bantuan tersebut untuk perbelanjaan semasa menunaikan ibadah haji.

“Saya tidak tahu berapa banyak pembelanjaan yang diperlukan di sana, dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah duit belanja saya di sana nanti,” katanya.

Bagi Sainah Kusin, 85, dari Kampung Gajah, sumbangan tersebut amat bermakna buat diri dan anaknya.

“Seronok sangat dapat bantuan ini, dapatlah saya dan anak buat tambah duit poket dekat sana nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd