• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Selangor Sedang Diperhalusi

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor sedang memperhalusi manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan keutamaannya dibahagikan mengikut kawasan bandar dan luar bandar di negeri berkenaan.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima input dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk bekas pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi penyediaan manifesto itu.

“Perincian manifesto itu nanti, kita tunggu lah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Selangor di sini, malam ini.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Noh, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata manifesto BN Selangor akan dibahagikan mengikut kategori iaitu di kawasan bandar serta luar bandar, dan ia berbeza mengikut 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Noh menggesa semua kepimpinan BN negeri bekerja keras mendedahkan kepincangan kerajaan Selangor diterajui Parti Keadilan Rakyat, yang gagal membela nasib rakyat, sehingga kini.

Beliau juga meminta calon yang tidak dipilih bertanding pada PRU14 supaya tidak kecewa dan terus mendahulukan parti dengan memberi khidmat bakti kepada rakyat dan negara. – BERNAMA

Tags: BN SelangorNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd