• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Yakin Dapat Kenal Pasti Pelaku Tembak MH17

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Ukraine pada 2014 akan dibawa ke pengadilan hasil siasatan menyeluruh, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara peringatan dan sesi taklimat di sini hari ini dengan waris mangsa sempena ulang tahun ketiga tragedi penembakan jatuh MH17, Liow berkata data yang dikumpul oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) telah dapat mengenal pasti pelakunya.

“JIT mengumpul dan menyiasat lebih satu bilion maklumat daripada laman web, Facebook dan Twitter selain menemuranah lebih 200 orang saksi.

“Semuanya sangat terperinci. Kita yakin dapat mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab,” kata beliau.

Malaysia dan negara-negara anggota JIT iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju supaya pendakwaan negara terhadap pihak yang bertanggungjawab tmenembak jatuh MH17 dilakukan di Belanda.

Pesawat Boeing B777, dilaporkan dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam membawa 298 penumpang dan kru apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.

Liow berkata siasatan penuh dijangka siap awal tahun depan sebelum proses pendakwaan bermula.

“Kita akan memastikan keadilan dapat dikembalikan kepada waris-waris mangsa MH 17,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada JIT telah membuat sebarang penangkapan setakat ini, Liow berkata “belum lagi” kerana siasatan belum selesai.

Beliau berkata Malaysia mahu “pihak” yang sebenarnya melancarkan peluru berpandu itu tampil untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut.

“Peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari darat ke udara yang menyebabkan MH17 jatuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd