• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Malaysia berkemungkinan memiliki akademi golf pertama bagi mengasah bakat pelajar dalam sukan ini yang akan diadakan di Padang Golf Awam Majlis Daerah Bera.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata kementerian akan meninjau kesesuaian padang golf yang terletak tujuh kilometer daripada bandar Bera itu setelah ditawarkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera.

Beliau menambah beliau akan mengarahkan Pengarah Bahagian Sukan kementerian, Dr Mehander Sigh untuk meninjau dan berbincang dengan Pegawai Daerah Bera, Datuk Razihhan Adzharuddin bagi mendapatkan perincian perkara itu Isnin ini.

“Setakat ini kita masih tidak mempunyai satu akademi khusus dalam bidang sukan golf sedangkan akademi serupa telah diwujudkan di negara lain yang terbukti berjaya melahirkan pemain golf berjaya bagi mewakili negara mereka.

“Kita sudah ada pelajar yang bermain golf di peringkat negeri masing-masing dan setiap tahun kita menghimpunkan kira-kira 30 pemain di kem yang diadakan di Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah untuk tempoh selama 10 hari,” katanya kepada pemberita.

Mahdzir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera hari ini.

Turut hadir Ismail Sabri yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera dan barisan kepimpinan parti bahagian iaitu Sabariah Saidan (Wanita), Mohd Zoolihsan Ahmad (Pemuda) dan Salmiah Ab Rahman (Puteri).

Beliau berkata penubuhan akademi itu kelak akan membolehkan pemain cilik negara menjalani latihan dengan lebih kerap dan mendapat tunjuk ajar daripada golongan profesional tanpa meninggalkan bidang akademik mereka.

Ismail Sabri berkata padang golf awam itu jarang digunakan selain terdapat sebuah sekolah berasrama berhampiran padang golf itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidgolf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGM Sasar Empat Pemain Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia – dua lelaki dan dua wanita untuk...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd