• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan menarik bagi syarikat-syarikat asing di rantau ini meskipun keadaan ekonomi dunia sekarang ini tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud.

Beliau berkata pelabur asing terus memanfaatkan sinergi serantau dan ekosistem Malaysia yang unik dengan pelaburan yang diluluskan daripada sumber luar meningkat sebanyak 63.4 peratus kepada RM59 bilion tahun lepas daripada RM36.1 bilion pada 2015.

Ini, kata beliau dapat dilihat dengan pelaburan sebanyak RM22.06 juta daripada syarikat berpangkalan di Switzerland, Endress+Hauser bagi menyediakan latihan, perundingan strategik dan kepakaran teknikal kepada pelanggan mereka.

“Kemudahan baharu ini juga mengukuhkan kedudukan negara sebagai pasaran menarik bagi proses automasi,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kemudahan latihan dan khidmat pelanggan Endress+Hauser yang baru di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Endress+Hauser Matthias Altendorf.

Kemudahan seluas 3,000 meter persegi itu menempatkan pusat penentukuran baru untuk instrumen analisis cecair, tekanan dan aliran, selain bilik latihan serta auditorium untuk menyediakan latihan secara langsung kepada pelanggan.

Azman berkata Switzerland merupakan antara rakan strategik Malaysia dalam pelaburan dan setakat Disember 2016, sebanyak 156 projek pembuatan melibatkan penyertaan negara itu dengan pelaburan bernilai RM4.5 bilion telah dilaksanakan.

Beliau yang menafikan khabar angin kononnya pelabur asing meninggalkan negara ini, berkata banyak syarikat menyusun semula model perniagaan mereka selain melabur dalam proses dan teknologi baharu.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bekerjasama dengan agensi berkaitan dan peserta industri berhubung beberapa langkah dalam merealisasikan agenda Industri 4.0 untuk negara.

“Kami sedang merangka Rangka Tindakan Industri Nasional 4.0 yang disasarkan siap menjelang akhir tahun,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran kemudahan baru itu hari ini, Altendorf berkata projek itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap pasaran tempatan, dan menandakan peralihan Endress+Hauser ke arah pendigitalan dan Internet Things of Things perindustrian. – BERNAMA

Tags: Datuk Azman MahmudMIDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PTPTN Gesa Ibu Bapa Manfaat Geran Khas RM25 Juta

Next Post

ADUN Bugaya Bidas Pembangkang Tabur Janji

Related Posts

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

21/08/2024
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini,...

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

19/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan...

Next Post

ADUN Bugaya Bidas Pembangkang Tabur Janji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd