• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bebas Penyakit Selesema Burung

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata pengumuman itu dibuat berikutan tiada pengesanan baru penyakit itu selama 90 hari sejak pembasmian kuman yang terakhir dibuat pada 1 April lalu.

“Tempoh 90 hari tersebut adalah syarat yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dalam menangani penyakit-penyakit haiwan seumpama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Quaza Nizamuddin berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar laporan penuh kepada OIE mengenai situasi dan langkah-langkah yang telah diambil untuk membolehkan OIE menyenaraikan Malaysia secara rasmi sebagai satu daripada negara bebas penyakit selsema burung H5N1.

Dengan status itu, katanya negara pengimport seperti Jepun, Indonesia, Sri Lanka dan China dijangka membuka sekatan eksport sementara yang dikenakan sebelum ini dan membenarkan semula kemasukan ayam, itik dan sarang burung walit dari Malaysia.

Kes HPAI dikesan pada 28 Februari di Kampung Pulau Tebu, Mukim Tunjung, Jajahan Kota Bharu dalam kelompok 26 ekor ternakan ayam kampung di mana 16 daripadanya didapati sakit.

Ayam yang sakit menunjukkan tanda klinikal seperti bengkak muka, tiada selera makan dan balung berwarna merah kebiruan dengan kadar kematian yang tinggi.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri apabila wabak itu merebak dari Kota Bharu dan Pasir Mas ke Bachok dan Pasir Puteh. – BERNAMA

Tags: PenyakitSelesema Burung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

22/10/2022
0

AMSTERDAM: Pihak berkuasa kesihatan memantau aktiviti penghapusan kira-kira 44,000 ayam belanda di sebuah ladang di selatan negara ini, susulan pengesanan...

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd