• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Australia Rapatkan Kerjasama Pertanian

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Australia merapatkan kerjasama dalam bidang pertanian dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sempena persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu (FAO) ke-40 di Rom, Itali.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam kenyataan memberitahu MoU tersebut ditandatangani Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Menteri Pertanian dan Sumber Air Australia, Barnaby Joyce semalam sempena persidangan yang berlangsung hingga 8 Julai itu.

“MoU yang dimeterai ini akan memperbaharui kerjasama yang telah ditandatangani oleh Malaysia dan Australia pada 8 Mac 2006 bagi memantapkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang pertanian,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menyatakan MoU tersebut menyediakan platform utama perbincangan dua hala dalam bidang pertanian di samping menyediakan platform utama perbincangan dua hala dalam membincangkan kerjasama semasa serta potensi kerjasama baharu dalam bidang pertanian dan perhutanan.

Selain itu, kerjasama berkenaan turut menjadi landasan bagi meneruskan program Kumpulan Kerjasama Pertanian Malaysia-Australia (MAACWG) yang telah diwujudkan sebelum ini.

Sementara itu Tajuddin dalam kenyataan berkenaan berkata selain berupaya mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, MoU ini akan memberi ruang dan peluang kepada negara untuk mempertingkat lagi kapasiti industri tanaman, ternakan, perhutanan, perikanan dan akuakultur yang seterusnya dapat menyokong transformasi sektor pertanian negara.

“Australia adalah sebuah negara yang mempunyai industri pertanian yang disegani, terutamanya menerusi penggunaan teknologi yang canggih, produktiviti yang lebih maju ke hadapan serta daya saing yang tinggi,” katanya.

Antara inisiatif dua hala yang telah dilancarkan ialah pembinaan kapasiti dalam kepakaran ‘Animal Disease Emergency Response’ yang Australia pada masa ini diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana mempunyai industri ternakan yang bebas daripada wabak penyakit ternakan.

Justeru sesi pertukaran pengetahuan ini dipercayai mampu meningkatkan lagi keupayaan industri ternakan Malaysia agar terus dipercayai, berdaya saing dan menyumbang kepada sekuriti makanan negara.

“Hubungan kerjasama yang lebih erat ini juga dijangka akan membuka pasaran lebih luas kepada produk pertanian Malaysia, lebih-lebih lagi melalui dasar kerajaan Australia yang menggalakkan perdagangan produk-produk pertanian. Galakan ini memberi impak secara langsung kepada peningkatan pendapatan peladang, menggalakkan inovasi bagi memastikan pengeluaran produk pertanian yang mampan dan berterusan dengan pengurusan logistik yang efisien,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: MoU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd