• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Beri Hari Kelepasan Am Berbayar 9 September

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan majikan wajib memberi hari kelepasan am berbayar kepada pekerja seluruh negara pada 9 September ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata perkara itu termaktub dalam seksyen 60D (1)(a) Akta Kerja 1955, Seksyen 103(1)(a) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan seksyen 104 (1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Riot berkata sekiranya Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XV itu jatuh pada hari cuti rehat, maka hari bekerja berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan tersebut.

“Bagi pekerja yang mempunyai cuti rehat lebih daripada sehari, hari terakhir bagi cuti rehat tersebut merupakan ‘cuti rehat’ bagi maksud ini,” katanya.

Kerajaan telah bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda kepada 9 September (Sabtu) daripada 29 Julai.

​​​​​​​Bagi Sarawak yang telah mengisytiharkan hari Sabtu, 9 September ini sebagai Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, Riot berkata tiada hari kelepasan am berbayar tambahan diberi sebagai cuti gantian.

“Ketidakpatuhan kepada undang-undang ini merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 menurut seksyen 99A Akta Kerja 1955; Seksyen 130M Ordinan Buruh (Sabah Bab 67); dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76),” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rihana Oksana Dedah Wajah Tengku Ismail Leon

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah...

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

11/10/2019
0

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd