KUALA LUMPUR – Mahu bersaing dengan lambakan telefon-telefon pintar yang sedia ada seperti iPhone, Samsung dan Vivo, honor Malaysia hari ini telah memperkenalkan model terbarunya, honor 8 Pro dengan harga mampu milik.
Jadi, apa yang membezakan Honor 8 Pro dengan telefon pintar jenama lain?
Rekaan tipis dan sofistikated berketebalan cuma 6.97mm telefon pintar ini lebih tipis berbanding iPhone 6+ dan mempunyai kemasan besi aeroangkasa yang tahan lasak.
Selain itu, model ini didatangkan dengan dua pilihan warna anggun iaitu navy blue dan midnight black selain mempunyai skrin sebesar 5.7 inci.
Kamera 12 megapiksel mungkin terlalu biasa bagi sesetengah orang namun kehebatan Honor 8 Pro ini terletak pada lensa berkembar dengan pembukaan aperture f/2.2 serta penstabilan imej optikal (OIS) yang mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik dan sempurna khusus bagi mereka yang gemar bidang fotografi.
Bagi penggemar swafoto, honor 8 Pro tidak mengecewakan, dengan aperture f/2.0 kamera depannya mampu menghasilkan gambar lebih cantik.
Model ini juga dikatakan boleh merakam video pada kualiti 4K iaitu definisi yang cukup tinggi bagi sebuah telefon pintar.
“Keupayaan sebenar Honor 8 Pro ini adalah kelengkapan mikrocip Kirin 960 yang menyediakan lapan perisian iaitu empat teras berkuasa tinggi (core) 2.4GHz Cortex A73 dan empat teras berkuasa rendah 1.85GHz Cortex A53, menjadikan prestasi teras tunggal dan teras pelbagainya meningkat kepada 10% dan 18% setiap satu,” jelas Luke Au, Pengarah Pemasaran Produk HUAWEI Consumer Business Group.
“Selain itu, telefon pintar ini dicipta dengan kejuruteraan yang mampu memuaskan hati pemain tegar permainan video mudah alih khususnya permainan video Mobile Legends.
“Ini kerana, paparan Quad HDnya menjanjikan sokongan grafik Vulkan yang serba canggih dan berprestasi mirip standard layar perak dengan teknologi paparan DCI-p3,” katanya lagi ketika ditemui semasa majlis perlancaran telefon pintar ini di Roofino SkyDining & Bar, KL Trillion, Selasa.
Bukan setakat itu, honor juga menjaminkan pengalaman berbeza ketika bermain permainan video menerusi model honor 8 Pro ini oleh kerana kelengkapan sistem EMUI 5.1 dan perisian Android 7.0 yang meminimakan gangguan serta memastikan pemuatan dan pengisian aplikasi dan fail beroperasi dengan lancar.
Dari segi muatan ingatan maya pula, model ini dilengkapi 6GB RAM dan 64GB ROM, penyediaan ROM tambahan sehingga 50GB serta simpanan memori Mikro-SD sehingga 128GB.
Dan lebih menarik lagi, honor 8 Pro juga dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh teknologi SmartPower 5.0 sekaligus menjanjikan tempoh penggunaan selama 2 hari dengan hanya sekali pengecasan atau bermain mobile game tanpa henti selama 6 jam berturut-turut tanpa perlu risau kehabisan bateri!
Dengan konfigurasi yang cukup canggih, honor 8 Pro adalah pilihan yang sesuai bagi pengguna yang inginkan telefon pintar yang mampu memberikan pengalaman berbeza telefon pintar berprestasi tinggi tanpa mengorbankan fungsi penting dalam sesebuah telefon bimbit.
Honor 8 Pro ini akan mula dijual pada 11 Julai ini dengan harga RM1,999 dan sudah pasti memberikan lebih pilihan kepada pengguna telefon pintar negara ini. – MYNEWSHUB.CC