• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Syariah Sabah merekodkan 18,183 kes di seluruh negeri sejak 2016 hingga hari ini, kata Ketua Hakim  Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) Datuk Jasri Matjakir.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 15,073 merupakan kes mal (bukan jenayah) manakala 3,110 kes pula membabitkan jenayah syariah.

“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 12,004 kes mal telah diselesaikan dan untuk  jenayah syariah, 2,279 kes telah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di sini hari ini, yang disempurnakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Ariffin Arif.

Mengenai majlis itu, beliau berkata pentauliahan 16 peguam syarie baharu itu menjadikan sebanyak 97 peguam syarie berdaftar di Sabah setakat ini.

“Pentauliahan ini bertujuan membolehkan peguam-peguam syarie itu memulakan khidmat guaman mereka di Mahkamah Syariah. Dengan adanya peguam syarie saya  percaya banyak kes yang dibawa ke mahkamah akan lebih mudah, kemas dan tepat untuk membantu mahkamah membuat pertimbangan dan keadilan sepenuhnya,” kata Jasri.

Sementara itu, Ariffin yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) meminta agar semua peguam syarie yang ditauliahkan menjalankan tugas berlandaskan etika yang ditetapkan termasuk sentiasa menjalankan tugasan dengan penuh integriti terhadap pelanggan.

“Adalah sangat penting menjalankan profesion sebagai peguam dengan penuh kesungguhan dan keyakinan, selain sentiasa menghormati semua pihak sama ada pihak lawan atau mahkamah. 

“Selain itu peguam syarie wajar mencari jalan dan mencadangkan kepada pelanggan  alternatif lain untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah seperti menggunakan kaedah mediasi dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ariffin berkata beliau sentiasa memberikan komitmen untuk membantu JKSNS dari segi meningkatkan lagi prasarana Mahkamah Syariah yang kini berada di bangunan MUIS.

“Saya akan sentiasa memberi fokus untuk melihat keperluan menaik taraf prasarana  Mahkamah Syariah untuk memberi keselesaan kepada semua pihak termasuk pelanggan, kerana ini merujuk kepada imej Islam dan mahkamah itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahkamah SyariahSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KTMB Beri 100,000 Kad Komuter Link Percuma

Next Post

Mat Rempit Maut Dilanggar Bas Di Kemaman

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Mat Rempit Maut Dilanggar Bas Di Kemaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd