• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tidak Layak Digelar Negarawan – Pemuda UMNO

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPUNG GAJAH – Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk memanipulasi rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja memalukan, malah ia sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang mantan perdana menteri yang dikenali sebagai antara tokoh negarawan terkemuka di Malaysia.

“Apa yang sedang dilakukan Mahathir pada ketika ini adalah untuk mengaibkan Perdana Menteri yang telah sah dipilih secara demokratik oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Usaha mengaibkan yang dibuat Mahathir terhadap Datuk Seri Najib membuktikan bahawa beliau tidak layak digelar tokoh negarawan sepertimana yang dikenali sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di sini hari ini.

Semalam, dalam ucapan ketika Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan membuka aib Mahathir, jika beliau terus menerus mengkritik pimpinan kerajaan.

Khairul Azwan berkata pihaknya menasihatkan Mahathir supaya menutup mulut dan menyedari bahawa era kepimpinannya telah berlalu.

Katanya, Mahathir juga perlu menjadikan Perdana Menteri sebagai contoh kerana memberi peluang dan ruang kepada pimpinan muda untuk membina aspirasi dan peradaban baru terhadap generasi akan datang.

“Negarawan sebenar adalah seperti Datuk Seri Najib yang memberi ruang kepada pemimpin muda mencorak peradaban untuk generasi akan datang dan pada masa sama tidak memusatkan kuasa terhadap dinasti selain keluarganya,” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan Mahathir menyokong pembangkang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan strategi bagi mengelak tuduhan terhadap kegagalannya dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) dialami Bank Negara Malaysia sekitar 1990.

Beliau berkata, perkara itu ditekankan kerana Anwar merupakan salah seorang saksi utama yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan skandal berkenaan.

“Beliau mungkin rasa Anwar akan memberi pengakuan yang boleh memberi implikasi negatif terhadapnya maka cepat-cepat Tun Mahahthir mencari peluang dan ruang baru untuk menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

18 Maut Minum Arak Buatan Sendiri

Next Post

Empat Anggota Tentera Nyaris Maut Dalam Kemalangan

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Empat Anggota Tentera Nyaris Maut Dalam Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd