• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Perlu Sedar Dirinya Hanya Boneka Pembangkang

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang dan setaraf perdana menteri adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar boneka dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebenarnya yang menjadi ketua pakatan pembangkang tetapi beliau tidak ditonjolkan dalam carta kepimpinan gabungan Pakatan Harapan.

“Sama ada beliau (Dr Mahathir) sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang.

“Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka, secara realitinya, Lim Kita Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka,” kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata senarai pemimpin Melayu yang diumumkan dalam struktur baharu barisan pembangkang juga sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP terhadap mereka.

Minggu lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden).
Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Menyentuh mengenai tindakan Dr Mahathir mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ anjuran Armada PPBM, Tengku Sariffuddin mempersoalkan perkara itu kerana sepanjang menjadi perdana menteri, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat bersama musuh-musuh politiknya.

“Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuhnya politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mencabar Najib di pentas ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadual diadakan pada 13 Ogos depan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd