• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokomotif Tergelincir Di KL: Netizen Kutuk KTMB Lembab

oleh
25/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ceritanya mudah, sebuah lokomotif kontraktor yang menjalankan kerja rutin penyelenggaraan landasan secara tiba-tiba dikatakan tergelincir kira-kira jam 2 pagi Selasa.

Insiden tidak dijangka dan bukan angkara militan pengganas itu berlaku antara laluan stesen Kuala Lumpur dan Simpang Batu dekat Sentul sekali gus menyebabkan hanya satu landasan dapat digunakan kereta api lain.

Malangnya susulan kejadian kemalangan tersebut, banyak perkhidmatan tren penumpang antara bandar ETS dan komuter dilaporkan mengalami kelewatan jadual perjalanan harian antara 30 minit sehingga 45 minit.

Lebih teruk, pengumuman mengenai nahas berkenaan hanya dimaklumkan kepada awam menerusi akaun rasmi Facebook Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekitar jam 6 pagi selain hebahan siar raya di semua stesen.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan dan KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200,” menurut kenyataan syarikat pengangkutan rel itu.

Ironi, kelewatan kerja pemulihan di landasan terbabit sehingga jam 11 pagi benar-benar menyebabkan ramai netizen meluahkan perasaan marah mereka akibat terlambat pergi ke destinasi terutama yang bergegas ke tempat kerja.

Baca: Bunyi Amat Senyap Punca Ramai Maut Digilis Tren?

Di sebalik hebahan awam tersebut menerima lebih 200 tanda reaksi (majoritinya emoji marah) selain hampir 100 perkongsian, ramai pengguna media sosial menjadikan pengumuman KTMB itu sebagai platform ‘lepas geram’.

“Malunya dengan KTM Malaysia,” tulis netizen bernama Warren Koh manakala seorang bernama Cik Lala pula: “Teruk betul KTM ni, menyusahkan orang pagi-pagi, kejap tukar tren, ni dalam tren duduk himpit macam sardin.”

Tidak ketinggalan Shuhail Rone menulis: “KTM old school, tiada perubahan langsung”, dan Sundar Rajalingam: “KTM tolong lah, forget about (usah) alasan. You never had commuter interest (anda tiada kepentingan komuter).”

Sementara itu ada juga netizen membandingkan dengan sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dikatakan lebih cekap selain meminta campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani isu ini.

Komuter mula diperkenalkan oleh pihak KTMB di Lembah Klang pada 1995, namun kini menghubungkan 79 buah stesen di Pantai Barat Semenanjung dengan 62 tren jenis EMU tiga gerabak dan 38 tren Class 92 enam gerabak.

Manakala ETS, yang merupakan perkhidmatan kereta api ekspres antara bandar; dilancarkan sejak 2010 hanya melibatkan 44 buah stesen utama di Semenanjung Malaysia dengan penggunaan 15 tren jenis Class 93 dan 91.

Hakikatnya berdasarkan lebih 100 komen netizen itu, ternyata KTMB memerlukan perubahan dari segi cara kerja terutama apabila berlaku perkara kecemasan demi kepuasan pengguna setia mereka jua. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: ETSkomuterKTMB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ridzuan Tekad Tebus Kecewa London Di KL2017

Next Post

Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

Related Posts

12,600 Tiket Tambahan ETS Untuk Aidilfitri Mula Dijual Esok

12,600 Tiket Tambahan ETS Untuk Aidilfitri Mula Dijual Esok

03/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6...

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

29/05/2024
0

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan penjadualan baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan memperkenalkan...

Next Post

Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd