• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Little Caliphs Terima Pengiktirafan MBOR

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika Little Caliphs di seluruh negara mencatat sejarah tersendiri  apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) “Penyertaan Serentak Terbesar Kanak-kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji”.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB), Roslin Nordin berkata program anjuran LCISB dengan kerjasama Koperasi Ukhwah Little Caliph Berhad itu, disertai kanak-kanak berusia enam tahun daripada 212 tadika Little Caliphs.

“Objektif program itu bertujuan memberi pembelajaran secara praktikal mengenai keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan ibadah haji bagi memastikan kanak-kanak prasekolah ini memahami konsep sebenar rukun Islam kelima itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil MBOR daripada Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohammad Alex Edward, di sini hari ini.

Program Little Hajj 2017 ini kali kedua diadakan, dengan yang pertama pada tahun lepas tetapi hanya membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Pelaksanaan simulasi ibadah haji itu meliputi pemakaian ihram, tawaf, saie, wukuf, melontar jamrah serta tahallul.

“Kanak-kanak yang terlibat akan merasai sendiri keadaan memakai ihram, bagaimana melakukan tawaf pada replika Kaabah, membuat wukuf, melontar jamrah dan sebagainya bagi memupuk kecintaan mereka terhadap Islam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Little Caliphs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd