• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taklimat Pada Waris Mangsa MH17 Khamis Depan

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014 akan diberi taklimat berkenaan proses pendakwaan yang akan dilakukan di Belanda pada Khamis depan (17 Julai) di Putrajaya bersempena majlis peringatan ulang tahun ketiga insiden itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan menjemput kesemua waris untuk diberi taklimat dan maklumat berhubung perkembangan terkini insiden MH17 di Hotel Marriot Putrajaya di sini.

“Saya sendiri akan berbincang dan memberi taklimat kepada mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Renesas Electronics Kuala Lumpur Global Parts Distribution Centre di sini hari ini.

Malaysia dan negara Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju agar pendakwaan nasional terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan MH17 ditembak jatuh dilakukan di Belanda.

Liow berkata negara-negara terlibat yakin terhadap pelaksanaan undang-undang di Belanda mampu beri keadilan kepada kesemua mangsa tanpa perlu melibatkan mahkamah antarabangsa.

​​​​​​​”Kesemua lima negara telah pun bersedia dari segi mahkamah dan kemudahan untuk mendakwa penjenayah ini,” katanya.

Liow berkata proses siasatan kini tertumpu kepada 100 orang suspek dan siasatan penuh dijangka selesai pada awal tahun depan sebelum proses pendakwaan dimulakan.

Katanya pada proses pendakwaan tersebut, Malaysia akan diwakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Ini merupakan tragedi yang tidak boleh dilupakan negara kita apabila sebuah pesawat sivil ditembak jatuh dan kita memerlukan keadilan dan perlu membawa mereka yang terlibat ke mahkamah… sebab itu kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membawa penjenayah ke mahkamah,” katanya.

Pesawat Boeing B777 itu yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salleh Ramah Mesra Dengan Rakan Strategik Japen

Next Post

Lagu ‘Cover’ Korea Shila Amzah Tular Di Luar Negara

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Lagu 'Cover' Korea Shila Amzah Tular Di Luar Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd