• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liberalisasi Insuran Beri Manfaat Pengguna – Hamzah

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan liberalisasi tarif kenderaan yang berkuatkuasa 1 Julai lepas berikutan kaedah baru itu lebih menguntungkan pengguna kerana caj atau bayaran premium berdasarkan profil risiko individu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata berbanding kaedah sebelum ini yang menyaksikan harga insurans kenderaan ditentukan berdasarkan Tariff Motor, kini harga produk insurans motor ditentukan berasaskan penilaian risiko individu.

“Kaedah baru juga menyaksikan pihak insurans boleh mengenakan caj premium kepada kenderaan yang berisiko untuk terlibat dengan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Harta Intelek Malaysia di sini hari ini.

Hamzah juga berkata hasil liberalisasi itu kerajaan tidak lagi mengawal caj premium insuran seperti sebelum ini.

“Kaedah ini telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan syarikat insuran, dan pengumuman ini seharusnya diterima baik oleh pengguna kerana ianya memberi keuntungan,” katanya.

Menurut kenyataan BNM pada 30 Jun, fasa pertama liberalisasi telah diperkenalkan pada 1 Julai, 2016 dan mulai 1 Julai tahun in caj premium insurans akan ditentukan oleh faktor risiko.

Insurans premium dikira berdasarkan nilai yang diinsuranskan ke atas kenderaan dan keluaran model kenderaan selain daripada tuntutan ganti rugi daripada pengguna sebelum ini yang pernah terlibat dengan kemalangan.

Syarikat insurans juga berpeluang menawarkan premium lebih baik terutama kepada pelanggan berisiko rendah manakala pelanggan insurans mempunyai pilihan lebih baik dalam mendapatkan insurans yang menepati keperluan pada harga lebih tepat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd