• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lemas: Jenazah Nur Damia Dikebumikan

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Jenazah kanak-kanak perempuan, Nur Damia Nadhirah Shahrudin yang ditemui terapung di sebuah kolam takungan air di Kampung Sena di sini semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Baru, Padang Lalang pada 11.40 pagi tadi.

Muhammad Rusyaidi Mohamad Na’am, yang ditemukan tenggelam di dasar  kolam itu, pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Norhizan Ismail dalam kenyataannya hari ini.

Sementara itu, Zuraini Hassan yang menjaga kebun buah-buahan yang menempatkan kolam takungan air itu, berkata sebelum kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua kanak-kanak berusia 5 tahun itu bermain di sekitar kebun berkenaan sebelum kehilangan mereka disedari keluarga masing-masing.

“Kira-kira 2.30 petang semalam, mereka datang ke rumah kerana ada jamuan kecil. Mereka dilihat bermain di bawah pokok  manggis.

“Selepas itu, keluarga mereka menyedari ketiadaan Nur Damia Nadhirah dan Muhammad Rusyaidi lalu mencari di sekitar kawasan kebun tetapi tidak menjumpai mereka.

“Kami kemudian mencari di kawasan kolam yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah sebelum menjumpai mayat Nur Damia Nadhirah yang terapung. Saya terus turun ke kolam untuk mengangkat mayatnya dan menyerahkan kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Zuraini berkata beliau kemudian turun semula ke dalam kolam sedalam 2.5 meter itu untuk mencari Muhammad Rusyaidi dan menemuinya di dasar kolam sebelum membawanya naik ke darat untuk memberi bantuan pernafasan.

“Kami cuba selamatkan mereka dengan memberi bantuan awal sebelum membawa mereka ke hospital dengan kereta,” katanya.

Pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Nur Damia Nadhirah telah meninggal dunia manakala Muhammad Rusyaidi berada dalam keadaan kritikal.

Zuraini berkata kedua-dua kanak-kanak itu yang memanggilnya Tok Wan kerap datang ke rumah yang dijaganya sejak sebulan lepas bersama-sama keluarga mereka dan tidak pernah menghampiri kawasan kolam tadahan air itu, yang terletak di hujung kawasan kebun berkenaan.

“Air kolam tadahan itu digunakan untuk menyiram pokok-pokok di kebun ini,” katanya sambil memberitahu pemiliki rumah itu menetap di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd