• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu ‘Cover’ Korea Shila Amzah Tular Di Luar Negara

oleh
07/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Setelah mencipta nama di China, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia ini mula pula melakar sejarah baharu di Korea Selatan menerusi beberapa lagu cover artis negara tersebut.

Lebih unik, penampilan elegan Shila Amzah, hijaber yang bukan sahaja cantik, namun memiliki suara merdu itu semakin dikenali di negara ‘kimchi’ tersebut setelah tular menerusi laman perkongsian video popular YouTube.

Menurut portal antarabangsa, pemilik nama sebenar NurShahila Amir Amzah itu menerima sambutan luar biasa netizen Korea Selatan susulan kemunculan beliau menyanyikan semula lagu hit beberapa kumpulan band popular.

Ini termasuk video Shila, 26, menyampaikan lagu rancak Whistle milik kumpulan BlackPink yang dianggotai empat gadis cantik K-Pop dan berdurasi 3 minit 33 saat itu apabila sudah berjaya ditonton lebih daripada 760,000 kali.

Malahan lagu cover Shila berjudul Beautiful berdurasi 3 minit 47 saat yang sebenarnya merupakan lagu runut asal daripada drama bersiri televisyen popular Goblin, setakat ini dilaporkan sudah pun ditonton lebih 820,000 kali.

Tidak ketinggalan ialah lagu Last Dance nyanyian Big Bang, sebuah kumpulan K-Pop terkenal dianggotai lima remaja lelaki yang dinyanyikan Shila berdurasi 4 minit 40 saat itu turut ditonton lebih 700,000 kali sehingga kini.

Kefasihan Shila yang merupakan bekas juara program nyanyian realiti Asia Wave pada 2012 lalu dan anak kepada penyanyi ND Lala itu, mampu bertutur bahasa Korea dengan lancar juga ‘menuai’ pujian ramai netizen luar negara.

Apa yang unik, Shila masih lagi mampu cipta populariti tersendiri di peringkat antarabangsa di sebalik penampilan dirinya anggun berhijab kerana pakej kelunakan suaranya cukup bersahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Shila Amzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lambang Penyatuan Cinta Shila Dan Haris

23/04/2018
0

HARI istimewa buat kedua pasangan mempelai iaitu penyanyi, Shila Amzah dan pasangannya, Haris Idraki Elias apabila majlis resepsi perkahwinan mereka...

Shila Amzah Selamat Dinikahkan

19/04/2018
0

PENYANYI prolifik tanah air Shila Amzah telah selamat diijab kabul bersama pasangannya, Haris Idraki. Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd