• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurikulum Dakwah Islamiah Perkim Disemak

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kurikulum pengajian di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) akan disemak semula bagi memantapkan lagi aktiviti dakwah termasuk memberi maklumat berkaitan Islam kepada pelancong asing.

Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor berkata kurikulum baharu itu akan menyediakan pelajar daripada golongan saudara baharu (mualaf) yang bukan sahaja menjadi muslim yang memahami dan menghayati Islam malah dapat berdakwah dengan baik.

“Sekarang ini, bahasa yang digunakan dalam pengajian di institut ini ialah bahasa Melayu, Arab serta Inggeris dan kita akan tambah bahasa Tamil dan Mandarin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil IDIP kepada 85 pelajar di sini, hari ini.

Setakat ini, IDIP hanya terdapat di Pengkalan Chepa di sini.

Mohd Yusof berkata jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia semakin meningkat terutamanya dari negara-negara Eropah, China dan Jepun di mana ramai dalam  kalangan mereka ingin mengetahui berkaitan Islam yang sebenarnya.

“Mereka (pelancong asing) ini melawat masjid-masjid termasuk Masjid Negara dan Masjid Putrajaya untuk mendapatkan maklumat mengenai Islam yang sebenar kerana mereka pernah digambarkan dengan Islam yang ekstrem. Oleh itu betapa perlunya pendakwah yang mahir pelbagai bahasa,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya turut mengedarkan lebih sejuta risalah berkaitan Islam dalam pelbagai bahasa kepada pelancong asing. – BERNAMA

Tags: PerkimTan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perkim Perlis Anggar Belanja Lebih RM1.4 Juta Tahun Depan

19/11/2018
0

KANGAR - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis menganggarkan lebih RM1.4 juta akan dibelanjakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk...

“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Mualaf

25/07/2017
0

BERITA yang sering tular tanpa kesahihan merupakan satu hal yang perlu dipandang serius pada masa kini. Lagi-lagi jika berita palsu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd