• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Serpihan Al-Qaeda Kuasai Idlib, Syria

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kumpulan serpihan Al-Qaeda mengukuhkan cengkaman di wilayah Idlib, Syria selepas beberapa kumpulan penentang berundur dari salah satu kawasan terakhir di luar kawalan rejim.

Pada masa sama, 11 orang maut akibat letupan bom di bandar itu. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) di Britain berkata, sembilan daripada mereka adalah militan.

Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang dikawal bekas anggota Al-Qaeda bersetuju dengan gencatan bersama pemberontak Ahrar al-Sham.

Gencatan itu menghentikan pertempuran sengit selama seminggu di antara HTS dan pemberontak disokong Turki dan beberapa negara Teluk, Ahrar al-Sham yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 92 orang termasuk 15 penduduk awam, kata SOHR.

Penganalisis berkata, ketegangan semakin meningkat sejak dua bulan lalu mungkin kerana HTS bimbang dengan rancangan antarabangsa untuk menghapuskan kumpulan yang dilabel sebagai pengganas dari wilayah terbabit.

“Ahrar al-Sham berundur dari bandar Idlib yang kini di bawah kawalan Hayat Tahrir al-Sham. Beratus-ratus pemberontak meninggalkan bandar itu dengan berpuluh-puluh kenderaan ke arah wilayah selatan Idlib,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman. – AFP/BH ONLINE

Tags: Al-QaedaSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HIV: Potongan Bajet AS Tindakan Kejam

Next Post

Nabila Razali Sengaja ‘Berdrama’ Di Instagram

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

Nabila Razali Sengaja 'Berdrama' Di Instagram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd