• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Beri 100,000 Kad Komuter Link Percuma

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengedarkan 100,000 kad Komuter Link percuma di semua kaunter tiket KTM Komuter di Lembah Klang mulai Isnin ini hingga 31 Julai.

Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak berkata melalui Promosi Wow! 100,000 Kad Komuter Link (Dewasa) Percuma itu, pengguna bagaimanapun perlu membuat transaksi tambah nilai.

Ia bermula daripada serendah RM5 bagi mengaktifkan kad tersebut sebelum menggunakannya untuk menaiki mana-mana perkhidmatan KTM Komuter.

Beliau berkata pemberian kad itu sebagai inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat KTMB bagi menggalakkan penumpang KTM Komuter beralih daripada membayar tiket secara tunai kepada tanpa tunai.

“Cara pembayaran tanpa tunai ini menjimatkan dan menguntungkan kerana diskaun harga tambang sehingga 20 peratus diberikan berbanding bayaran secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Khair Johari, KTMB sebelum ini telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menarik lebih ramai pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai.

Ini termasuk promosi harga kad RM2 berbanding harga sebenar RM10 dan promosi raya iaitu 3,000 kad percuma yang diedarkan di Stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan bulan lepas.

Kad Komuter Link mula diperkenalkan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau Twitter @ktm_berhad. – BERNAMA

Tags: komuterKTMB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

Next Post

Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

Related Posts

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

29/05/2024
0

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan penjadualan baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan memperkenalkan...

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

21/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter...

Next Post

Mahkamah Syariah Sabah Rekod 18,183 Kes Sejak 2016

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd