• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Ekspresi Felda Meriah Meletop!!!

oleh
23/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIRA-KIRA 3,000 pengunjung memeriahkan Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang diadakan sempena sambutan Hari Peneroka 2017 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu.

Acara kemuncak bertempat di tapak pentas utama berdekatan kawasan food truck mula dipenuhi seawal jam 9 malam malah ada pengunjung membawa tikar sebagai alas untuk menonton persembahan gilang-gemilang ini.

Antara membuat penampilan di atas pentas ialah Que Haidar apabila mempersembahkan nyanyian lagu kegemaran arwah bapanya, Tengku Haidar serta lagu single terbarunya, Kisah Cinta.

Apa yang lebih menarik lagi apabila anak perempuan Que sendiri iaitu Tengku Ratu yang turut bersama menyanyikan lagu itu.

Dalam seronok berhibur, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi telah mendendangkan deklamasi puisi tentang Felda serta lagu qasidah Al-Jannah yang sememangnya bersifat ketuhanan.

Turut serta menyanyikan lagu keinsafan, iaitu kumpulan Assalam Buskers yang telah menukarkan lirik lagu Kau Yang Bernama Seri kepada lirik yang bersifat ketuhanan iaitu Kau Yang Bernama Ilahi.

AS SALAM BUSKER

ASMAWI ANI

Konsert ini bertambah meriah apabila penyanyi kegemaran ramai, Aiman Tino, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi menggamatkan suasana dengan lagu popular masing-masing.

Apa yang lebih menarik ialah apabila kanak-kanak perempuan kelihatan sangat teruja apabila penyanyi Aiman Tino memunculkan diri dan turut turun dari pentas untuk menyanyi bersama peminatnya.

SUFIAN SUHAIMI

AIMAN TINO

WANY HASRITA

Selain daripada artis popular tempatan, artis kelahiran Felda turut terlibat bagi menjayakan konsert ini. Mereka terdiri daripada Zaki Zain, Shana, Ayu Riqa dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan juga Jalil Hamid, Dadalia Band dan Rahmat Mega. Konsert ini juga diceriakan lagi dengan keletah pengacara majlis iaitu Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dan pasangan, Joe Aziz.

Golongan kanak-kanak juga turut terhibur dengan kemunculan maskot Upin Ipin dan rakan-rakannya yang membuat persembahan nyanyian dan tarian.

Kartun kegemaran ramai ini telah mencuri tumpuan apabila semua watak di dalam kartun itu menari-nari dengan gaya yang lucu.

Semoga hari ini semua penonton akan tidur lena selepas dapat melepas rindu menonton penyanyi kegemaran mereka mambuat persembahan secara live.

Jika diberi kesempatan untuk diadakan lagi Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ini, lebih ramai lagi penonton dapat hadir bagi menggegarkan acara hebat ini di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: aiman tinoartis feldadadalia bandFeldaHari Penerokajalil hamidMawique haidarrahymat megaSufian SuhaimiUpin & Ipinwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd