• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal hilang khidmat K.Logan Raj selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) yang tidak menyambung kontraknya yang akan tamat akhir bulan ini.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata walaupun agak berat untuk melepaskan Logan, namun beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh bekas pemain kebangsaan itu untuk tidak lagi menyandang jawatan sebagai CEO.

“Kontrak Logan tamat akhir bulan ini, dan beliau memutuskan untuk tidak menyambung kontrak. Kita hormati keputusan Logan yang berhasrat mencari peluang kerjaya di luar dan menyertai keluarganya di Australia.

“Kita akan cari CEO baharu dan saya sudah ada calon. Tapi saya akan umumkan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Subahan berkata meskipun telah melepaskan jawatan selaku CEO, khidmat Logan masih ditagih dan beliau dilantik sebagai ahli bebas dalam Lembaga Eksekutif MHC menggantikan tempat Johnson Fernandez yang mahu melepaskan jawatan berkenaan.

Logan dilantik sebagai CEO pada Mei 2015, dengan kontrak selama dua tahun bermula serta-merta.

Logan pernah membantu negara meraih pingat perak dan gangsa ketika Sukan Komanwel di Kuala Lumpur 1998 dan Melbourne 2006, gangsa (Piala Remaja Asia 2000), Piala Remaja Dunia Hobart 2002 (ke-11), Kelayakan Olimpik (2000,2004), Kelayakan Piala Dunia Beijing (2006) dan sebagai kapten pada Sukan Sea Korat 2007 dengan meraih pingat emas.

Sementara itu, Subahan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan mengumumkan pelantikan bekas pemain kebangsaan sekitar 1979 hingga 1993, Soon Mustafa Karim sebagai pengerusi jawatankuasa kejurulatihan MHC berkuat kuasa serta-merta.

“Saya telah berbincang dan mendapatkan pendapat daripada semua pihak. Dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa saya telah membuat keputusan untuk melantik Soon Mustafa sebagai pengerusi jawatankuasa jurulatihan manakala Datuk Ahmad Najmi Razak pula sebagai timbalannya,” katanya.

Subahan berkata berdasarkan latar belakang Soon Mustafa dalam sukan hoki, beliau yakin bekas pemain berusia 54 tahun itu mampu bekerjasama dengan Pengarah Teknikal MHC Terry Walsh dalam merangka program kejurulatihan di peringkat akar umbi.

Soon Mutafa pernah bersama skuad hoki negara di dua edisi Sukan Olimpik iaitu 1984 di Los Angeles dan 1992 di Barcelona.

“Kita dapati pada masa ini, MHC mengalami ketandusan jurulatih yang berkebolehan. Ini kita sedar bila ada pemilihan jurulatih kebangsaan, balik-balik dalam kalangan orang yang sama.

“Bukan bermakna mereka tidak bagus cuma kita mahu mereka semua ini turun padang ke peringkat akar umbi untuk mencari lebih ramai jurulatih hoki yang baharu,” katanya.

Selain Soon Mustafa dan Ahmad Najmi,  turut dilantik dalam jawatankuasa kejurulatihan itu ialah Walsh, Pengarah Kejurulatihan Institut Sukan Negara (ISN) Alan Black, Pengarah Pembangunan Tai Beng Hai, ketua jurulatih 1MAS Yahya Atan dan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan V.Muraleedharan.

Sementara jurulatih pembangunan Pahang Nuriza Sulaiman dan bekas ketua pasukan hoki wanita kebangsaan Nadia Abdul Rahman dilantik bagi memantapkan persediaan hoki wanita. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Subahan KamalMHC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MHC Gesa KKM Ambil Langkah Segera

08/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah segera bagi menjamin tempat kerja yang...

Harap FIH Percepat Sesi Pendengaran Kes Kumar

20/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) tidak akan melewatkan sesi pendengaran kes doping melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd