• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Bangun Semula Kawasan Kumbahan

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina kira-kira 500,000 unit rumah di kawasan kumbahan yang akan dibangunkan semula di seluruh negara antara lima hingga 10 tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangunan semula kawasan itu mengambil kira banyak tanah yang tidak diguna pakai di kawasan kumbahan dan penggunaan teknologi baharu yang membolehkan kawasan kumbahan memerlukan tapak yang kecil sahaja.

Beliau berkata ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan sebuah syarikat swasta.

Kerajaan, katanya, pada dasarnya bersetuju dengan pembangunan berkenaan dan ia akan diperincikan lagi sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Mungkin antara lima hingga 10 peratus daripada kawasan asal digunakan untuk kumbahan manakala selebihnya 90 hingga 95 peratus digunakan untuk membina rumah,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-20 SPNB dan majlis Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata sebelum ini kawasan kumbahan memerlukan kawasan yang besar tetapi dengan menggunakan teknologi baharu, kini hanya kawasan kecil sahaja diperlukan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Perumahan berkata pembangunan sedemikian kemungkinan boleh dilaksanakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang menghadapi masalah kekurangan tanah untuk tujuan pembangunan.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali berkata projek itu akan dilaksanakan di tanah-tanah yang tidak digunakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

“Dulu sistem IWK ini menggunakan banyak tanah untuk sistem kumbahan mereka tetapi sekarang ini IWK telah dipindahkan atau menggunakan sistem yang canggih yang hanya menggunakan keluasan tanah yang lebih kecil.

Jadi satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) dan jawatankuasa itu telah mengenal pasti dua lokasi yang mungkin boleh dibangunkan untuk projek itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita, Ahmad Azizi tidak mendedahkan lokasi terlibat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemungkinan Wabak Rabies Punca Dari Negara Jiran

Next Post

Pengurusan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Pengurusan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd