• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Hafiz Idam Emas Berganda Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas memecahkan rekod acara 100 dan 200 meter (m) kebangsaan, Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan seterusnya mengidam emas berganda dan rekod Sukan SEA pada Ogos ini.

Atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu mahu mencipta ‘kejutan besar’ dalam acara olahraga yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bermula dari 22-26 Ogos depan.

Pada malam ini, beliau berjaya memecahkan rekod 200m berusia 49 tahun milik bekas jaguh pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan (10.92 saat) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94 selepas mencatatkan 20.90s di sini.

Hanya setahun yang lalu, beliau memecahkan rekod kebangsaan acara 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas mencatatkan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Julai lalu.

“Ini merupakan kejayaan yang sangat bermakna bagi saya, hampir 49 tahun rekod ini tidak dipecahkan dan akhirnya saya berjaya mengatasinya. Saya memang tak jangka dapat memecahkan rekod ini.

“Memang bersemangat ke Sukan SEA…selepas ini kena ikut latihan dan nasihat jurulatih, Mohd Poad Md Kassim untuk terus meningkatkan prestasi saya,” kata Khairul kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah.

Catatan masa itu juga mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar.

Pingat perak menjadi milik Jonathan Nyepa dari Sarawak yang mencatatkan 21.29s manakala atlet Perak G. Aravinn Thevar membawa pulang gangsa dengan catatan 21.31s pada kejohanan itu, yang turut dikenali sebagai Kejohanan PraSukan SEA.

Apabila ditanya mengenai rahsia di sebalik kejayaan beliau, Khairul berkata, “tawakal, solat…saya banyak berdoa kepada tuhan kerana Dia yang tahu kesusahan kita.”

Sementara itu, Md Poad berkata beliau akan memastikan Khairul meneruskan fokusnya untuk mencapai misi pingat emas berganda pada temasya dwitahunan itu bulan depan.

“Sebenarnya Khairul boleh lari lebih laju daripada ini tetapi kami hanya sasar 20.90s hari ini. Dia merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan patuh kepada arahan jurulatih dan ibu bapa.

“Keyakinan diri beliau berada pada tahap yang tinggi sekarang setelah mempelajari daripada kesilapan ‘fault start’ di Kejohanan Asia di India. Insya-Allah beliau dapat meraih emas berganda pada Sukan SEA nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz JantanSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd