• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Faiz Ada Misi Peribadi Di ATF

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelari terpantas negara, Khairul Hafiz Jantan mempunyai misi peribadi untuk memperbaiki catatan masa pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bhubaneswar, India, bermula 6 hingga 9 Julai ini.

Beliau yang pertama kali menyertai ATF, berharap saingan sengit yang bakal dihadapi akan melonjakkan prestasinya untuk kembali mencatat masa dalam lingkungan 10.20 saat dalam acara 100 meter.

“Saya mempunyai misi sendiri di India nanti. Saya mahu meningkatkan prestasi semasa beraksi di sana kerana peserta-peserta hebat seperti dari China dan Thailand turut menyertainya,” kata beliau.

Khairul Hafiz ditemui pemberita pada majlis pelancaran kasut baharu jenama sukan terkenal, ‘Puma – Netfit Technology’ di sini, hari ini.

Turut hadir, seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim.

Sementara itu, Khairul Hafiz dijangka berdepan cabaran getir pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan, apabila pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Eric Cray dari Filipina akan kembali mempertahankan gelaran dimilikinya itu.

“Saya akui memang akan sengit sebab pemenang edisi lalu akan bertanding pada kali ini, namun saya akan menggunakan sepenuh kudrat yang ada untuk mengharumkan negara tercinta,” katanya.

Beliau berkata jurulatihnya, Mohd Poad turut menasihatinya agar tidak melayan perasaan gementar, sebaliknya perlu lebih cergas dan tabah bersaing pada Sukan SEA, nanti.

“Jurulatih pesan supaya jangan biarkan perasaan takut menguasai diri saya, dan mengingatkan saya bahawa pelari lain juga mempunyai perasaan sama cuma yang membezakan kami ialah kekuatan mental masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, Khairul Hafiz berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017 dengan catatan 10.31s, sekali gus menewaskan dua pelari Thailand, Crisajda yang mencatat 10.45s, serta Jirapong Meenapra (10.48s). – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ops Terminal: 13 Pemandu Bas Positif Dadah

Next Post

African American Speak Out

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

Next Post

African American Speak Out

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd