• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Prerogatif Lulus RUU Sebat Di Khalayak Ramai

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Perkara ini adalah prerogatif kerajaan negeri. Jika anggota-anggota DUN Kelantan meluluskan usul tersebut maka ia terpakai di negeri tersebut.

“Terpulang pada negeri masing-masing apa yang dibawa dan dibahas di DUN masing-masing,” katanya mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan dalam sidang DUN Kelantan semalam.

Pindaan tersebut akan membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai dan perkara lain yang terkandung dalam enakmen tersebut ialah memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan di Parlimen.

Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tasek Bandar Penawar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau gembira sambutan memberangsangkan masyarakat Felda pada majlis rumah terbuka berkenaan sekali gus jelas menunjukkan penduduk tanah rancangan di negeri ini positif dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, apa yang diharapkan sokongan berkenaan akan berterusan diberikan kepada kerajaan BN sehingga selepas pilihan raya umum nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman SaidLulus RUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd