• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olahraga Asia: Atlet Negara Gagal Raih Pingat

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet negara gagal meraih sebarang pingat pada hari kedua Kejohanan Olahraga Asia ke-22 di Stadium Kalinga, Odisha, India pada Jumaat.

Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan dibatalkan penyertaannya dalam acara akhir 100 meter setelah melakukan dua kesalahan semasa memulakan acara, bersama pelumba China, Tang Xingqiang.

Bekas juara remaja Asia, Hassan Taftian dari Iran mengalahkan juara bertahan Femi Seun Onugode dari Qatar di garisan penamat untuk memenangi pingat emas dengan masa 10.25 saat mendahului 0.01 ke atas pememag tempat kedua sementara atlet Taiwan, Yang Chun-Han meraih pingat gangsa dengan catatan 10.31 saat.

Seorang lagi atlet negara Zaidatul Husniah Zulkifli hanya menduduki tempat keempat daripada tujuh orang pelumba dalam acara 100 meter wanita dengan catatan masa 11.70 saat sementara rakannya Siti Fatimah Mohamad di tempat keenam dengan catatan 11.87 saat.

Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Viktoriya Zyabkina dan Olga Safronova yang masing-masing memenangi emas dan perak dengan catatan 11.39 saat dan 11.45 saat, sementara atlet tuan rumah Dutee Chand merangkul pingat gangsa dengan catatan 11.52 saat. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd