• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Jun Hoong Rangsangan Hebat Kontinjen Negara

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kejuaraan dunia yang dikecapi atlet terjun negara Cheong Jun Hoong merupakan tonik terbaik buat kontinjen negara untuk memburu kejayaan dalam temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), pada Ogos dan September ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi atlet negara di persada antarabangsa, antaranya kejuaraan dunia oleh jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang pada April lepas diikuti prestasi menakjubkan Muhamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London minggu lepas membuktikan latihan serta usaha yang berterusan bakal memberikan pulangan yang setimpal.

“Kejuaraan dunia kedua yang diraih Jun Hoong selepas kejayaan Azizulhasni ini pastinya akan memberikan satu rangsangan yang hebat terhadap persiapan kontinjen negara bagi menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran barangan koleksi terhad KL2017 bersama penaja platinum Sukan SEA Kuala Lumpur, Petronas dan Telekom Malaysia (TM) di sini hari ini.

Mengenai kejayaan Jun Hoong yang merupakan kejayaan pertama atlet Malaysia dalam acara terjun di peringkat dunia, Khairy berkata ia suatu kejayaan di luar jangkaan.

“Itu bukan acara kegemaran beliau, namun jurulatihnya, Yang Zhuliang membuat keputusan untuk meletakkan beliau untuk beraksi acara itu dan satu kejutan yang besar telah berlaku,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Petronas dan TM menghasilkan barangan edisi terhad antaranya anak patung Rimau, yang merupakan maskot rasmi untuk temasya ini, botol air, jersi, payung, magnet dan pelbagai barangan lain.

Khairy berkata selain merancakkan promosi KL2017, usaha Petronas dan TM itu akan memperluaskan peluang orang ramai untuk memiliki barangan istimewa KL2017 pada harga yang berpatutan.

“Cenderahati khas Petronas dan TM itu boleh menjadi penyeri kepada pelbagai inisiatif untuk menjadikan KL2017 sebagai satu temasya yang gemilang dan mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam lipatan sejarah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun Hoong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheong Jun Hoong Sah Tarik Diri

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong sah menarik diri daripada temasya Sukan Asia...

Azizulhasni, Jun Hoong Ungguli Anugerah Sukan

14/03/2018
0

JAGUH berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd